Tuesday, May 10, 2011

Tuesday, April 13, 2010

KURIKULUM STANDART PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA.

1970an – KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam

1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM

1992 – KPM memulakan Prasekolah

1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM

2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)

2008/9 – KPK disemak semula

RASIONAL PENYEMAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

PERUBAHAN YANG BERLAKU

Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:

  • Pembangunan modal insan
  • Penghasilan pelajar celik minda
  • Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat

Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif

PERUBAHAN YANG DILAKUKAN

1.Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan

2.Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan.

3.Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama

4.Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah

5.Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan

6.Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.

7.Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.


KEDUDUKAN PRASEKOLAH DALAM SISTEM PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BLOGPRA1

PENEKANAN KURIKULUM DAN TAHAP PERSEKOLAHAN DALAM KURIKULUM TRANSFORMASI.

BLOGPRA2

4 M

Membaca

Menulis

Mengira

Menaakul

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010

Matlamat

Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

4 kata kekunci

•Menyuburkan (Enriching)

•Aktif Penglibatan (Engaging)

•Selamat (Safe)

•Seronok (Fun)

OBJEKTIF KSPK

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut

Jasmani:

•Mempunyai tubuh badan yang sihat

•Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas

•Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik

•Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan

•Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan motor kasar

Emosi:

•Mempunyai konsep kendiri yang positif

•Mempunyai keyakinan diri

•Mempunyai jati diri

•Berani mencuba

•Mempunyai kematangan emosi

•Menghormati perasaan dan hak orang lain

Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan

Intelek:

•Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa Malaysia

•Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris

•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan)

•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan)

•Memperolehi kemahiran proses sains asas

•Memperolehi kemahiran matematik asas

•Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul

•Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid

•Mempunyai daya kreatif dan estetika

•Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Rohani:

•Mengamalkan nilai murni

•Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

Sosial:

•Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.

•Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.

•Menyuarakan pandangan dan perasaan.

•Bekerjasama dengan orang lain.

TUNJANG-TUNJANG DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN.

BLOGPRA3BLOGPRA4

REKABENTUK KURIKULUM

  • Kurikulum berasaskan Standard
  • Kurikulum berbentuk modular

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

BLOGPRA5

Justifikasi Penggunaan Standard.

•Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti.

•Ekuiti membawa maksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama

•Kualiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti.

•Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah untuk memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.

•Kebertanggungjawaban (Accountability) guru dan pentadbir

    • Memastikan SEMUA murid melepasi piawai standard yang ditetapkan
    • Memastikan semua prasekolah awam dan swasta mematuhi keperluan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

•Skema dan piawai pengukuran

    • Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas untuk tujuan meningkatkan tahap pembelajaran murid
    • Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning)
    • Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

KURIKULUM BERBENTUK MODULAR

•Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit,bahagian atau unit ini dinamakan modul.

DUA JENIS MODUL

•Modul Teras Asas

•Modul Bertema

Modul Teras Asas

•Bahasa Malaysia

•Bahasa Inggeris

•Bahasa Cina/Bahasa Tamil

•Pendidikan Islam/Pendidikan Moral

•Matematik

•Aktiviti di Luar (Outdoor activity)

Modul Bertema

•Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak.

BLOGPRA6

Justifikasi penggunaan modul

•Bersifat dinamik

    • pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan kurikulum

• Pelaksanaan p & p yang fleksibel

    • Guru ada pilihan menggunakan modul mengikut kesesuaian

PERUNTUKAN MASA

BLOGPRA7 BLOGPRA8BLOGPRA9

BLOGPRA10

PRINSIP PEMBELAJARAN

Prinsip Pembelajaran yang dijadikan Fokus

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan prinisip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivisme di mana:

•Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoon feeding.

•Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.

•Perbezaan individu dibenarkan.

•Murid belajar mengikut kadar sendiri.

•Guru mengajar dengan mengaitkan dengan pengalaman seharian murid.

STANDARD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

•Standard Pengajaran dan Pembelajaran menerangkan apa yang perlu diketahui dan dilakukan oleh guru prasekolah semasa pengajaran dan pembelajaran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Pertama:

•Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.

•Guru prasekolah perlu membuat perancangan jangkamasa panjang (contohnya Rancangan Tahunan) dan jangkamasa pendek (contohnya Rancangan Harian) berdasarkan keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan keperluan kanak-kanak.

•Guru prasekolah merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut:

  • Kreativiti
  • Pemikiran logikal
  • Kemahiran Menaakul
  • Perkembangan Rohani
  • Pembentukan sikap positif dan nilai murni
  • Perkembangan fizikal dan kesihatan
  • Kreativiti dan estetika

•Guru prasekolah memilih kandungan, bahan dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan minat, tahap kebolehan, pengalaman dan pengetahuan murid-murid.

•Guru prasekolah membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid dengan:

  • Mengenalpasti dan memberi respons kepada diversiti murid dan menggalak semua murid berfikir secara kritis dan kreatif.
  • Memodelkan proses berfikir kritis dan kreatif.

•Guru menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyokong pembangunan komuniti murid yang kreatif dan berfikiran terbuka dengan:

  • Menunjukkan sikap positif terhadap idea baru murid.
  • Memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam proses membuat keputusan.
  • Memberi tanggungjawab kepada murid terhadap pembelajaran mereka sendiri.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kedua:

•Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada murid.

•Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan berikut mengikut kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yang hendak dicapai:

  • Pembelajaran Berpusatkan murid
  • Inkuiri Penemuan
  • Belajar Melalui Bermain
  • Pendekatan Bersepadu
  • Pendekatan Bertema
  • Pembelajaran Berasaskan Projek
  • Pembelajaran Masteri (terutamanya dalam penguasaan bahasa dan kemahiran)
  • Pembelajaran Kontekstual (menggunakan pengalaman murid, alam persekitaran murid)
  • Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (Multiple intelligences)

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Ketiga:

•Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keempat:

•Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik prasekolah.

•Guru prasekolah menyediakan persekitaran yang selamat, ceria, selesa dan mesra dalam kelas.

•Guru prasekolah mewujudkan pusat-pusat pembelajaran dalam kelas prasekolah.

•Guru prasekolah melengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan yang sesuai, mencukupi dan updated.

•Guru prasekolah memastikan pusat pembelajaran sentiasa kemas.

•Guru prasekolah melibatkan murid dalam merekabentuk pusat pembelajaran.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kelima:

•Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid.

•Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibubapa/penjaga melalui pelbagai cara.

•Guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah membentuk jawatankuasa yang melibatkan waris/ibubapa/penjaga murid.

•Guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan ibubapa/penjaga secara berkala, sekurang-sekurangnya dua kali setahun.

•Pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibubapa dalam program dan aktiviti sekolah seperti Hari Sukan, Hari Keluarga, Gotong Royong, lawatan dan program keibubapaan.

•Guru perlu memberi penerangan tentang kurikulum prasekolah termasuk kaedah pentaksiran kepada ibubapa.

•Pihak pengurusan sekolah dan guru membuat lawatan ke rumah untuk murid yang bermasalah jika perlu.

•Guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan pengajaran dan pembelaran dari sekolah ke rumah.

Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keenam:

•Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa.

•Guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakan borang pengesanan yang telah disediakan di sekolah.

•Pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa untuk menghantar murid tersebut ke sekolah pendidikan khas jika perlu.

STANDARD P & P (Overview)

•Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak.

•Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada murid.

•Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.

•Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik prasekolah.

•Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid.

•Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa.

STANDARD PENTAKSIRAN

Standard Pentaksiran Pertama:

•Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan.

•Tujuan pentaksiran adalah untuk:

  • Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.
  • Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka secara menyeluruh.
  • Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.
  • Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid dalam semua aspek yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
  • Mengesan keberkesanan pengajaran guru.

•Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk:

  • Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
  • Membantu pembelajaran murid.
  • Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru.

Standard Pentaksiran Kedua:

•Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

•Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk:

  • Penerapan nilai
  • Pembentukan sikap
  • Penguasaan kemahiran
  • Status kecergasan
  • Status kesihatan
  • Kesediaan sosial (social readiness)

•Aktiviti kokurikulum dan ektra-kurikulum tidak harus ditaksirkan kerana pada peringkat umur ini murid tidak dapat menyertai aktiviti ini secara berdikari.

•Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah. Pada peringkat umur ini pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.

Standard Pentaksiran Ketiga:

•Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.

Standard Pentaksiran Keempat:

•Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.

•Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid.

•Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah seperti berikut:

  • Pemerhatian berterusan
  • Penilaian hasil kerja

•Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak:

  • Ujian atau peperiksaan formal
  • Ujian kertas and pensil

•Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih.

•Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit.

•Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih.

•Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid . Contoh rekod adalah seperti berikut:

•Senarai Semak.

•Skala Kadar.

•Rekod Anekdot.

•Rekod Berterusan (Running Record).

•Portfolio

Standard Pentaksiran Kelima:

•Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk membantu pengajaran.

•Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif.

•Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat kepada ibubapa mengenai kemajuan anak-anak mereka.

•Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid-murid sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar.

Standard Pentaksiran Keenam:

•Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.

•Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibubapa dan pihak tertentu sahaja.

•Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak. Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam perkembangan kanak-kanak ini kelak.

•Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat ’A’ atau ’B’ dan seterusnya.

Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi boleh berubah, contohnya kanak-kanak perempuan secara fisiologinya berkembang lebih cepat dalam penguasaan bahasa daripada kanak-kanak lelaki, adalah tidak wajar melabelkan murid lelaki sebagai lambat daripada perempuan.

Standard Pentaksiran (overview)

•Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan.

•Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

•Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.

•Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik.

•Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk membantu pengajaran.

•Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.

STANDARD DOMAIN KREATIVITI

•Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dipupuk di kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran mulai dari prasekolah lagi.

•Peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif boleh diberikan dalam banyak konteks yang berbeza dan boleh diintegrasikan dalam banyak aktiviti dalam dan luar bilik darjah.

•Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas prasekolah perlu memberi peluang kepada murid agar mereka:

  • suka menyoal dan mencari jawapan
  • membuat perkaitan dan melihat hubung kait
  • menjangka apa yang akan berlaku
  • membuat spekulasi tentang kemungkinan
  • meneroka idea
  • berfikir secara literal
  • sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil.

•Pemupukan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum prasekolah dimantapkan melalui dua pendekatan utama, iaitu:

  • Penerapan kreativiti dalam semua tunjang melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran
  • Memberi fokus khusus kepada kreativiti melalui pendidikan muzik dan pendidikan seni visual

•Standard Domain Kreatif di prasekolah terdiri daripada dua komponen iaitu: pemikiran kreatif dan pemupukan sikap dan personaliti.

Standard Domain Kreativiti Pertama:

•Guru Prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir kreatif mereka

•Standard ini mencadangkan bahawa:

  • Murid diberi peluang meneroka dan mencuba idea untuk menghasilkan karya/ciptaan yang asli, penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
  • Murid mengikuti proses berfikir seperti yang disenaraikan dibawah dengan bimbingan guru.

Standard Domain Kreativiti Kedua:

•Guru Prasekolah perlu menyediakan peluang kepada murid agar mereka menghayati dan menghargai nilai estetik dalam kehidupan dan seterusnya meningkatkan naluri mereka untuk terus menghasilkan karya kreatif secara berterusan dan beretika.

SUMBER: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

Pendidikan Prasekolah

Mulakan pendidikan awal anak anda dengan menghantar mereka untuk mengikuti alam pra-persekolahan. Pendidikan pra-persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal.

Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.

profile

Rozital Akmal Bt Mahusain
berasal dari kelantan
sudah berumahtangga
sedang mengikuti pengajian prsasekolah di IPG Kampus Bahasa Melayu